Monday 6 February 2012

Sunat Wuduk

Amalan yang digalakkan supaya dikerjakan sama ada sebelum mengambil wuduk atau di tengah-tengah (sedang) berwuduk.

Sepuluh (10) Perkara Sunat Wuduk 

1. Membaca Basmalah

Membaca basmalah pada permulaan hendak berwuduk

2. Membasuh Tangan hingga ke Pergelangan Tangan

Basuh Tangan
Membasuh tangan hingga pergelanggan tangan sebanyak tiga(3) kali walaupun diyakini kebersihan tangan tersebut.

3. Berkumur-Kumur

Berkumur
Sunat berkumur-kumur

4. Memasukkan Air ke Dalam Hidung

Masukkan air ke dalam hidung
Memasukkan air ke dalam hidung, lebih afdalnya ialah menyedut air ke dalam hidung kemudian dihembuskan keluar.

5. Menyapu Semua Bahagian Kepala


Menyapu air di kepala
6. Membasuh kedua-dua Telinga


Basuh Telinga
Membasuh kedua-dua telinga zahir dan batin dan memasukkan kedua-dua jari ke anak telinga iaitu selepas menyapu kepala dengan air yang baru. Ertinya, tidaklah secara langsung air yang ada pada tangan untuk dibasuhkan kepala, dibasuhkan pula kepada telinga tetapi diambil air yang baru.


7. Menyelati Jari Tangan, Jari kaki, Misai dan Janggut


Menyelati
Jari tangan, jari kaki, misai dan janggut yang tebal sunat diselati ketika berwuduk. Manakala bagi misai dan janggut yang nipis juga hendaklah diselati.

8. Mendahulukan Membasuh yang Kanan daripada yang Kiri
9. Membasuh/Menyapu Setiap Anggota Tiga(3) Kali
10. Muwalat (berturut-turut)