Dengar dan Muat Turun MP3

Audio MP3 Kuliah dan Ceramah, Tazkirah dan Khutbah Jumaat.

Info Solat

Himpunan panduan solat fardhu dan solat-solat sunat harian.

Doa dan Wirid

Himpunan doa-doa harian serta wirid selepas solat.

Tuesday 7 February 2012

Solat Subuh

Cara praktik Solat Subuh - 2 Rakaat

1. Rakaat Pertama


2. Takbiratulihram


3. Selepas Takbiratulihram
 


4. Rukuk

5. Iktidal

6. Sujud yang pertama


7. Duduk antara dua sujud


8. Sujud yang kedua


9. Rakaat Kedua


10. Rukuk



11. Iktidal


12. Membaca Doa Qunut 

Monday 6 February 2012

Sunat Wuduk

Amalan yang digalakkan supaya dikerjakan sama ada sebelum mengambil wuduk atau di tengah-tengah (sedang) berwuduk.

Sepuluh (10) Perkara Sunat Wuduk 

1. Membaca Basmalah

Membaca basmalah pada permulaan hendak berwuduk

2. Membasuh Tangan hingga ke Pergelangan Tangan

Basuh Tangan
Membasuh tangan hingga pergelanggan tangan sebanyak tiga(3) kali walaupun diyakini kebersihan tangan tersebut.

3. Berkumur-Kumur

Berkumur
Sunat berkumur-kumur

4. Memasukkan Air ke Dalam Hidung

Masukkan air ke dalam hidung
Memasukkan air ke dalam hidung, lebih afdalnya ialah menyedut air ke dalam hidung kemudian dihembuskan keluar.

5. Menyapu Semua Bahagian Kepala


Menyapu air di kepala
6. Membasuh kedua-dua Telinga


Basuh Telinga
Membasuh kedua-dua telinga zahir dan batin dan memasukkan kedua-dua jari ke anak telinga iaitu selepas menyapu kepala dengan air yang baru. Ertinya, tidaklah secara langsung air yang ada pada tangan untuk dibasuhkan kepala, dibasuhkan pula kepada telinga tetapi diambil air yang baru.


7. Menyelati Jari Tangan, Jari kaki, Misai dan Janggut


Menyelati
Jari tangan, jari kaki, misai dan janggut yang tebal sunat diselati ketika berwuduk. Manakala bagi misai dan janggut yang nipis juga hendaklah diselati.

8. Mendahulukan Membasuh yang Kanan daripada yang Kiri
9. Membasuh/Menyapu Setiap Anggota Tiga(3) Kali
10. Muwalat (berturut-turut)







Fardhu Wuduk

Solat merupakan sendi atau tiang agama. Sesuai dengan kedudukannya sebagai teras ibadat, ia bermula dengan amalan berwuduk diikuti pula oleh jenis-jenis solat sama ada wajib ataupun sunat, solat berjemaah, solat jumaat dan segala hal yang berkaitan dengannya.

Fardhu Wuduk Ada Enam(6) Perkara

1. Niat

Lafaz niat wuduk:


2. Membasuh Muka

Membasuh Muka
Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut. Melintang pula di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut dan sebagainya.
Sempadan Muka
Walau bagaimanapun, sunat melebihkan sedikit had basuhan di atas kepala, ke telinga dan juga di bawah dagu.

3. Membasuh Kedua-dua Belah Tangan Hingga ke Siku
Membasuh Tangan
Maksud membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ini bukanlah bererti sampai ke siku sahaja, malah hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuk ke celah-celah kuku (sekiranya kuku itu panjang).

Sekiranya kuku itu mengandungi kekotoran hendaklah dibuang terlebih dahulu. Pastikan bahawa tiada sesuatu apa pun benda-benda yang menghalang sampainya air ke kulit, begitu juga bulu-bulu yang terdapat pada anggota wuduk.

4. Menyapu Sedikit Air di Bahagian Kepala


Menyapu Air di Kepala
Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.

5. Membasuh Kaki hingga Dua Buku Lali

Membasuh Kaki
Sebagaimana juga tangan, maka apabila disebut buku lali, maka sunat juga membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. Begitu juga diwajibkan menyampaikan air ke dalam kuku-kuku kaki dan sebagainya.

6. Tertib

Iaitu didahulukan mengikut giliran yang ditentukan.







Wednesday 14 December 2011

Majlis "Semarak Kasih Sekalung Budi"

Pada 10 Disember 2011Para pelajar dan kakitangan Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) AlKitab Beranang, Selangor telah menghadiri satu majlis amal makan malam anjuran bersama Pusat Jagaan Nur Hasanah, Sukarelawan Hospital Kajang, dan Persatuan Sukarelawan Hospital Ampang. Majlis diadakan di Restoran Bangi Golf Resort. Majlis ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi pihak Pusat Jagaan Nur Hasanah disamping itu meraikan sukarelawan-sukarelawan, pusat-pusat kebajikan dan anak-anak yatim. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato Hj Johan Bin Abdul Aziz. Pada malam itu, pelajar-pelajar STAY Alkitab telah diberi kesempatan untuk membuat persembahan nasyid dimana para pelajar telah mendendangkan 3 buah lagu nasyid.















Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak STAY Alkitab kerana menjemput saya untuk sama-sama menghadiri Majlis "Semarak Kasih Sekalung Budi".

Kuliah & Ceramah: Fiqh Muammalat (2)

Penceramah: Us. Shauqi Othman.
Tempat: Masjid Al-Hasanah, Bdr. Baru Bangi.



Untuk muat turun file mp3, sila klik di sini

Tazkirah: Kisah Umat Terdahulu

Penceramah: Us. Idris.
Tempat: Masjid Al-Hasanah, Bdr. Baru Bangi.




Untuk muat turun file mp3, sila klik di sini

Kuliah & Ceramah: Hudud

Penceramah: Us. Rosli Mokhtar.
Tempat: Masjid Al-Hasanah, Bdr. Baru Bangi.




Untuk muat turun file mp3, sila klik di sini

Kuliah & Ceramah: 20 Perkara yang membatalkan syahadah

Penceramah: Us. Rahman.
Tempat: Masjid Al-Hasanah, Bdr. Baru Bangi.




Untuk muat turun file mp3, sila klik di sini

Saturday 26 November 2011

Video klip Sekolah Tahfiz Anak Yatim Al-Kitab terbitan bazilin.blogspot.com

Alhamdulillah. Video klip Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) Al-Kitab telah berjaya disiapkan. Ini merupakan salah satu usaha Bazilin blog untuk memperkenalkan STAY Al-Kitab kepada umum. Mudah-mudahan STAY Al-Kitab mendapat manfaat dengan adanya video klip ini. InsyaAllah.

Video 1: Pengenalan



Video 2: Ucapan oleh Pengetua



Terdapat lagi beberapa video klip yang masih di dalam proses untuk disiapkan.

Friday 11 November 2011

Berita: Ibadah Korban di Sekolah Tahfiz Anak Yatim Al-Kitab, Beranang

Beranang - Sekolah Tahfiz Anak Yatim Al-Kitab, Beranang telah mengadakan ibadah korban pada hari kedua Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah. Haiwan sembelihan adalah seekor lembu.












Alhamdulillah, ibadah korban dapat diselesaikan dengan sempurna. Daging korban telah diagih-agihkan kepada orang ramai dan sebahagiannya dimasak untuk jamuan makan di STAY Al-Kitab.