Monday, 6 February 2012

Fardhu Wuduk

Solat merupakan sendi atau tiang agama. Sesuai dengan kedudukannya sebagai teras ibadat, ia bermula dengan amalan berwuduk diikuti pula oleh jenis-jenis solat sama ada wajib ataupun sunat, solat berjemaah, solat jumaat dan segala hal yang berkaitan dengannya.

Fardhu Wuduk Ada Enam(6) Perkara

1. Niat

Lafaz niat wuduk:



2. Membasuh Muka

Membasuh Muka
Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut. Melintang pula di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut dan sebagainya.
Sempadan Muka
Walau bagaimanapun, sunat melebihkan sedikit had basuhan di atas kepala, ke telinga dan juga di bawah dagu.

3. Membasuh Kedua-dua Belah Tangan Hingga ke Siku
Membasuh Tangan
Maksud membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ini bukanlah bererti sampai ke siku sahaja, malah hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuk ke celah-celah kuku (sekiranya kuku itu panjang).

Sekiranya kuku itu mengandungi kekotoran hendaklah dibuang terlebih dahulu. Pastikan bahawa tiada sesuatu apa pun benda-benda yang menghalang sampainya air ke kulit, begitu juga bulu-bulu yang terdapat pada anggota wuduk.

4. Menyapu Sedikit Air di Bahagian Kepala


Menyapu Air di Kepala
Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.

5. Membasuh Kaki hingga Dua Buku Lali

Membasuh Kaki
Sebagaimana juga tangan, maka apabila disebut buku lali, maka sunat juga membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. Begitu juga diwajibkan menyampaikan air ke dalam kuku-kuku kaki dan sebagainya.

6. Tertib

Iaitu didahulukan mengikut giliran yang ditentukan.