Mengenai Dakwah @ Bazilin

Dakwah @ Bazilin merupakan sebuah laman blog persendirian yang dibina di atas inisiatif saya sendiri untuk tujuan berdakwah ke arah kebaikan berlandaskan syiar Islam. Kesedaran untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu ini timbul apabila saya membaca sebuah hadis ini:


Maka, objektif utama laman blog ini dibina adalah bertujuan untuk saya menyampaikan sebanyak mungkin ilmu kepada orang ramai untuk dimanfaatkan.

Untuk makluman, teks dan kandungan laman blog ini adalah bukan daripada saya sepenuhnya. Segala artikel, teks dan kandungan yang terdapat dalam blog ini adalah hasil carian saya di Internet dan dari sumber rujukan lain seperti orang perseorangan, buku, kitab, akhbar dan majalah. Maklumat-maklumat ini semua dikumpulkan di blog ini dengan tujuan perkongsian ilmu dan diharap dapat memudahkan orang ramai untuk mencapainya. Manakala rakaman audio mp3 pula adalah sepenuhnya hasil rakaman saya sendiri. Pengunjung dibenarkan untuk memuat turun audio mp3 untuk tujuan kegunaan sendiri atau menyebarkannya dengan ikhlas tanpa mengaut keuntungan walau sesen pun.

Selain daripada dakwah. Blog ini juga digunakan untuk memaparkan informasi mengenai rumah-rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang. Dengan pendedahan informasi mengenai rumah anak yatim di blog ini, diharap dapat memudahkan orang ramai untuk mencapainya.

Jika ada sebarang pertanyaan, cadangan atau komen. Boleh hubungi saya melalui email yang tertera di bawah. Sumbangan artikel atau maklumat untuk dipaparkan di laman blog ini amat di alu-alukan. Terima Kasih.

Nama: Munsif Raif
Email: munsif.raif@gmail.com

Perhatian: Saya hanyalah seorang hamba Allah yang ingin turut serta dalam berdakwah bagi mengembangkan ilmu pengetahuan dan informasi. Insya'Allah. Apa yang baik itu semuanya daripada Allah SWT. Yang buruk itu pula datang daripada kelemahan saya sendiri. Harap Maklum.


Sesungguhnya Solat-ku, Ibadat-ku, Hidup-ku dan Mati-ku adalah kerana Allah SWT , tuhan sekalian alam.