Wednesday 14 December 2011

Majlis "Semarak Kasih Sekalung Budi"

Pada 10 Disember 2011Para pelajar dan kakitangan Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) AlKitab Beranang, Selangor telah menghadiri satu majlis amal makan malam anjuran bersama Pusat Jagaan Nur Hasanah, Sukarelawan Hospital Kajang, dan Persatuan Sukarelawan Hospital Ampang. Majlis diadakan di Restoran Bangi Golf Resort. Majlis ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi pihak Pusat Jagaan Nur Hasanah disamping itu meraikan sukarelawan-sukarelawan, pusat-pusat kebajikan dan anak-anak yatim. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato Hj Johan Bin Abdul Aziz. Pada malam itu, pelajar-pelajar STAY Alkitab telah diberi kesempatan untuk membuat persembahan nasyid dimana para pelajar telah mendendangkan 3 buah lagu nasyid.















Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak STAY Alkitab kerana menjemput saya untuk sama-sama menghadiri Majlis "Semarak Kasih Sekalung Budi".